Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Malakoff terbit Sukuk Murabahah SRI Kemampanan ASEAN bernilai RM250 juta

KUALA LUMPUR 6 Mei - Malakoff Corporation Berhad menerusi Malakoff Power Berhad (MPower) berjaya menerbitkan Sukuk Murabahah SRI Kemampanan ASEAN sulungnya bernilai RM250 juta di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islamik (IMTN) bernilai RM1.2 bilion.

Harga minyak sawit mentah jatuh ke RM3,968, terendah dalam 11 bulan

KUALA LUMPUR 6 Mei - Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka terus menurun dalam masa terdekat, sekali gus memberi tekanan kepada keuntungan syarikat perladangan berikutan permintaan global yang lemah terhadap minyak sayuran.

 

Harga polimer jatuh, Lotte Chemical Titan diramal terus berdepan prospek mencabar - TA Securities

KUALA LUMPUR 6 Mei — Lotte Chemical Titan Holding Berhad diunjur kekal berdepan cabaran ketika berlaku penurunan harga jualan purata (ASP) polimer berikutan ada jangkaan peningkatan bekalan minyak antarabangsa, kata TA Securities. 

Masteel, Kelington dan Utar laksana kajian inovasi hijau pengeluaran keluli ultra-rendah karbon

KUALA LUMPUR 6 Mei - Malaysia Steel Works (KL) Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Ace Gases Marketing Sdn Bhd untuk melaksanakan teknologi penangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS) inovatif bagi memperkenalkan inovasi hijau baharu dalam fasiliti

AT&S, institusi TVET latih anak tempatan kuasai teknologi cip

KUALA LUMPUR 6 Mei - Syarikat teknologi dari Austria, AT&S, giat melatih tenaga kerja tempatan sebagai sebahagian usaha menjadikan hampir semua kakitangan kilangnya di Malaysia terdiri daripada rakyat negara ini.

 

Untung bersih Hartalega meningkat lebih 5 kali ganda kepada RM74.54 juta pada FY25

KUALA LUMPUR 6 Mei - Untung bersih Hartalega Holdings Bhd pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (FY25) meningkat lebih lima kali ganda kepada RM74.54 juta berbanding RM12.5 juta bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya dipacu peningkatan jumlah jualan dan purata harga jualan (AS

MITI rancang pakej khas bantu sektor terjejas selepas rundingan timbal balas

KUALA LUMPUR 6 Mei — Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mempertimbangkan untuk mewujukan pakej khas dalam usaha kerajaan mengurangkan kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas sektor tempatan yang terjejas. 

SC minta maklum balas awam cadangan Rangka Kerja Tokenisasi Produk Pasaran Modal

KUALA LUMPUR 6 Mei – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan kertas perundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai terhadap cadangan rangka kerja kawal selia produk pasaran modal yang ditokenkan.

 

PKS bukan pengeksport juga berdepan peningkatan kos - Samenta

KUALA LUMPUR 6 Mei — Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) berkata, sebahagian besar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak mengeksport turut berdepan dengan peningkatan kos dan pengurangan permintaan domestik.

PayNet tawar sokongan, pembiayaan menerusi program PayNet Fintech Hub

KUALA LUMPUR 6 Mei - Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) melancarkan PayNet Fintech Hub, sebuah program pemecut bagi menyediakan bimbingan, pembiayaan dan pendedahan global kepada syarikat teknologi kewangan tempatan.

 

Pasaran kewangan Malaysia kekal berdaya tahan walaupun berdepan ketidaktentuan luaran, kata jawatankuasa BNM

KUALA LUMPUR 6 Mei - Pasaran kewangan domestik kekal berdaya tahan dan terus berfungsi dengan baik walaupun berdepan ketidaktentuan luaran, kata Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Public Gold dilantik sebagai pengedar utama jongkong Emirates Gold di Asia Tenggara dan Asia Barat

KUALA LUMPUR 6 Mei – Public Gold Marketing Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar utama jongkong dan produk emas jenama Emirates Gold di Asia Tenggara dan Asia Barat, susulan termeterainya dua perjanjian strategik dengan syarikat penapis dan pengeluar jongkong emas terkenal Emiriah Ar

Malaysia dijangka pelbagaikan pasaran, perjanjian bebas dengan blok bukan AS - Maybank IB

KUALA LUMPUR 6 Mei — Kerajaan Malaysia dijangka menggalakkan pengilang tempatan untuk mempelbagaikan eksport ke pasaran yang lebih luas serta memeterai banyak perjanjian bebas (FTA) dengan blok bukan Amerika Syarikat (AS), kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Subscribe to Terkini