Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Watlow perkukuh kehadiran di Malaysia dengan pembukaan kilang baharu di Kulim Hi-Tech Park 

KUALA LUMPUR 6 Mei – Watlow Electric Manufacturing Company, memperkukuh komitmen jangka panjangnya dengan membuka kilang berteknologi tinggi di Kulim Hi-Tech Park menjadikan Malaysia sebagai hab strategik bagi kejuruteraan, inovasi, dan integrasi rantaian bekalan serantau.

Kerajaan didesak tutup aplikasi InDrive, Maxim beroperasi haram, kata persatuan P-hailing

KUALA LUMPUR 6 Mei — Kerajaan digesa supaya bertindak menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap dua aplikasi e-hailing dari Rusia, iaitu InDrive dan Maxim termasuk menutup akses platform kerana didakwa beroperasi secara haram.

Malaysia-Jepun usul tubuh pusat kerjasama rentas sektor tenaga ASEAN di Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Mei (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Jepun mengusulkan inisiatif penubuhan pusat kerjasama baharu di negara ini, sebagai wahana memperkukuh kerjasama rentas sektor dalam bidang teknologi, kemampanan dan integrasi tenaga ASEA

Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem pembiayaan kesihatan - PM Anwar

KUALA LUMPUR 6 Mei (Bernama) - Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk menstruktur semula sistem pembiayaan kesihatan sedia ada agar lebih mampan, terangkum dan berkesan untuk jangka panjang seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan.

 

Pelaburan hartanah RM40.09 bilion APAC tarik minat pelabur ke Malaysia, kata Knight Frank

KUALA LUMPUR 6 Mei - Malaysia mula dilihat sebagai pasaran baharu yang menarik bagi pelabur global susulan lonjakan pelaburan dalam hartanah komersial Asia-Pasifik kepada RM40.09 bilion pada suku pertama 2025, berbanding tahun lalu.

 

TA Securities menilai harga saham Eco-Shop yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama pada RM1.28

KUALA LUMPUR 6 Mei - TA Securities memberikan nilai wajar kepada Eco-Shop Marketing Bhd pada RM1.28 sesaham.

 

MARGMA sokong arahan wajibkan pengilangan sepenuhnya di Malaysia untuk eksport sarung tangan

KUALA LUMPUR 6 Mei – Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menyokong arahan kerajaan yang menetapkan hanya sarung tangan getah dikilangkan dan diproses sepenuhnya di Malaysia layak mendapat sijil asal untuk tujuan eksport. 

 

Malaysia bertindak tenang dan strategik terhadap isu tarif, kata Pengerusi ASEAN-BAC

KUALA LUMPUR 6 Mei — Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia memuji kerajaan kerana menggunakan pendekatan tenang dan strategik dalam menangani isu situasi ketegangan tarif Amerika Syarikat (AS) pada ketika ini.

Gamuda diramal catat untung kurang RM30 juta jual tanah Springhill- HLIB

KUALA LUMPUR 6 Mei - Gamuda Bhd dijangka mencatat keuntungan kurang daripada RM30 juta hasil penjualan tanah bernilai RM455.2 juta di Taman Perindustrian Springhill, Negeri Sembilan.

 

Boost Bank salur hampir RM150 juta pinjaman kepada PKS, sasar platform digital baharu

KUALA LUMPUR 6 Mei - Boost Bank menyalurkan hampir RM150 juta pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menandakan pencapaian penting sejak mula menawarkan perkhidmatan pinjaman kepada segmen itu.

 

UOB Malaysia catat hasil operasi RM4.7 bilion pada 2024, meningkat 2.3%

KUALA LUMPUR 6 Mei — UOB Malaysia mencatatkan hasil operasi yang mencecah RM4.7 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2024, merekodkan kenaikan 2.3 peratus daripada RM4.6 bilion pada tahun sebelumnya.

 

KPJ Ipoh catat 100 pembedahan lutut menggunakan bantuan robotik

IPOH 6 Mei - Hospital Pakar KPJ Ipoh (KPJ Ipoh) berjaya melakukan lebih 100 pembedahan penggantian lutut sepenuhnya dengan bantuan robotik sejak teknologi ini diperkenalkan pada Ogos 2024. 

 

Malakoff terbit Sukuk Murabahah SRI Kemampanan ASEAN bernilai RM250 juta

KUALA LUMPUR 6 Mei - Malakoff Corporation Berhad menerusi Malakoff Power Berhad (MPower) berjaya menerbitkan Sukuk Murabahah SRI Kemampanan ASEAN sulungnya bernilai RM250 juta di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islamik (IMTN) bernilai RM1.2 bilion.

Subscribe to Terkini