Dikurnia Darjah PMW, suntikan semangat tingkatkan perkhidmatan kepada rakyat - Datuk Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR 7 Mac (Bernama) - Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang diterimanya hari ini sebagai suntikan semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.






