Tun Mahathir sokong kerajaan bantu Sapura Energy demi elak kesan kepada ekonomi negara
KUALA LUMPUR 13 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong langkah kerajaan menyuntik dana RM1.1 bilion ke dalam Sapura Energy Berhad bagi mengelakkan kejatuhan syarikat itu memberi kesan kepada ekonomi dan tenaga kerja.






