Sinergi baharu Kementerian Pertahanan, pemain industri perlu diwujudkan - PM
KUALA LUMPUR 14 Mac (Bernama) - Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sinergi baharu antara Kementerian Pertahanan dan pemain industri diwujudkan, bagi memastikan ekosistem penyelidikan dan pembangunan pertahanan negara terus maju seiring perubahan dan kecanggihan teknologi.






