Gas Malaysia umum pelaksanaan pelarasan tarif purata asas baharu  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Gas Malaysia umum pelaksanaan pelarasan tarif purata asas baharu 

KUALA LUMPUR 12 Mac - Gas Malaysia Berhad akan melaksanakan pelarasan Tarif Purata Asasnya pada kadar RM 0.005/GJ/hari melalui rebat untuk tempoh dari 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.

 

Oleh itu, Tarif Purata Dibenarkan GWD di bawah rangka kerja IBR untuk semua jenis penggunaan akan dinaikkan kepada RM1.568/GJ/hari untuk tempoh yang sama.

 

Dalam pengumumannya kepada bursa, Gas Malaysia berkata kelulusan tarif tidak terpakai kepada penjualan gas petroleum cecair yang dibekalkan dalam silinder gas atau bekalan pukal.

 

 

Gas

 

 

"Tarif pengagihan akan terus menyumbang pulangan positif daripada segmen terkawal syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025," katanya. - DagangNews.com