Johor sasar pelaburan RM140 bilion tahun ini - Onn Hafiz
KUALA LUMPUR 9 Mac - Selepas mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi negara pada tahun lepas sebanyak RM110 bilion, Johor menyasarkan untuk meningkatkan lagi momentum pertumbuhan pelaburan kepada RM140 bilion pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.






