PublicInvest Research tetapkan FV 49 sen bagi Infomina yang akan disenaraikan di Pasaran ACE | DagangNews Skip to main content

PublicInvest Research tetapkan FV 49 sen bagi Infomina yang akan disenaraikan di Pasaran ACE

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Nov - PublicInvest Research menetapkan nilai wajar (FV) sebanyak 49 sen bagi penyedia penyelesaian teknologi, Infomina Berhad yang akan disenaraikan di Pasaran ACE pada 25 November 2022. 

 

Firma itu berkata, kumpulan itu berhasrat untuk mengukuhkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mengembangkan penyelesaian teknologinya.

 

Selain perkembangan seratau, firma itu berkata, syarikat itu berhasrat untuk mengukuhkan usaha penjenamaannya dengan menganjurkan seminar dan acara perhubungan pelanggan serta mengambil bahagian dalam lebih banyak pameran dan forum industri.

 

“Kami memperoleh nilai saksama 49 sen berdasarkan gandaan PE 14x kepada EPS FY24 sebanyak 3.5 sen.

 

“Tawaran awam permulaan (IPO) itu dijangka mengumpul kira-kira RM32.5 juta daripada terbitan 81.2 juta saham baharu.

 

"Selain menggunakan 23.4% daripada hasil untuk aktiviti R&D, 17.0% dan 2.7% daripada hasil itu masing-masing diperuntukkan untuk pengembangan serantau dan aktiviti penjenamaan,” katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, perkembangan kumpulan itu didorong oleh kekuatan aktiviti R&D, perkembangan penyelesaian teknologi  dan perkembangan serantau.

 

Selain itu katanya, kumpulan itu akan mengukuhkan jenamanya menerusi aktiviti pemasaran dan promosi.

 

Firma itu berkata, kekuatan daya saing kumpulan termasuk pemerolehan pengetahuan domain yang memudahkan penyampaian penyelesaian yang berdaya maju dan keupayaan untuk menawarkan penyelesaian teknologi yang dibuat khusus 

 

Katanya, kumpulan itu mempunyai pangkalan pelanggan baik selain mempunyai jalinan hubungan dengan rakan kongsi teknologi antarabangsa utama serta pasukan pengurusan dan pasukan teknikal yang berpengalaman dan berdedikasi. - DagangNews.com