Projek kediaman Berjaya Hartanah, OAKA Residences di Bukit Jalil kini di peringkat akhir pembinaan
KUALA LUMPUR 23 Jan – Berjaya Hartanah Bhd mencatat satu lagi pencapaian penting apabila menamatkan pembinaan struktur penting (topping out) bagi OAKA Residences, projek pembangunan kediaman mewah milik syarikat itu yang terletak di Bukit Jalil.






