EcoCeres lancar loji bahan api penerbangan lestari pertama di Malaysia, mampu hasilkan 350,000 tan setahun
KUALA LUMPUR 26 Jan - EcoCeres Inc., sebuah syarikat bahan api boleh diperbaharui yang berpangkalan di Hong Kong, melancarkan loji Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF) pertama di Malaysia di Pasir Gudang, Johor, menandakan pencapaian penting bagi peralihan tenaga hijau negara.






