Tekanan inflasi, perbelanjaan pengguna rendah bakal jejaskan sektor telekomunikasi - BIMB Securities
KUALA LUMPUR 7 Jan - Penganalisis meramalkan tekanan inflasi akan menjejaskan purata hasil setiap pengguna (ARPU) bagi sektor telekomunikasi apabila pengguna mengurangkan perbelanjaan dan lebih cenderung kepada perkhidmatan data yang lebih asas.






