Geran produktiviti MPC diperluas untuk sektor baharu, fokus R&D dan inovasi
KUALA LUMPUR 6 Jan - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) memperluaskan inisiatif geran produktiviti kepada sektor peruncitan, makanan dan minuman, penjagaan kesihatan, pembinaan, serta logistik bagi memupuk proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) di pelbagai industri.






