| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung bersih L&G melonjak 38.7% kepada RM50.5 juta pada FY2026

KUALA LUMPUR 29 Mei - Land & General Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) sebanyak 38.7% kepada RM50.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (FY2026) berbanding RM36.4 juta tahun sebelumnya.

 

WTK jual syarikat sawit Biogrow pada harga RM90 juta kepada Rimbun Temasek

KUALA LUMPUR 29 Mei - Syarikat berpusat di Sarawak, W T K Holdings Berhad menjual aset perladangan Biogrow City Plantations Sdn. Bhd. (BCPSB) kepada Rimbun Temasek Sdn. Bhd. pada nilai tunai RM90 juta dalam usaha membuka nilai aset dan memperkukuh portfolio perladangannya.

Pusat Perubatan Ideal Oriental dibangunkan di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 29 Mei - Melaka Straits Medical Centre Sdn Bhd, anak syarikat Oriental Holdings Berhad, telah memeterai usaha sama strategik bersama Ideal Hasrat Bumiraya Sdn Bhd, sebahagian daripada Ideal Property Group, bagi pembangunan pusat perubatan tertiari baharu di Queens Wa

MN Holdings catat untung bersih RM21.33 juta 3QFY26, disokong projek pencawang elektrik

KUALA LUMPUR 29 Mei - MN Holdings Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) lebih tinggi sebanyak 28% kepada RM21.33 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2026 berbanding RM16.69 juta yang direkodkan setahun lalu.

 

Kerugian bersih Globetronics cecah RM29 juta bagi 9MFY26 berikutan permintaan rendah semikonduktor

KUALA LUMPUR 29 MeiGlobetronics Technology Berhad mencatatkan kerugian selepas cukai (LAT) sebanyak RM29.1 juta bagi tempoh terkumpul sembilan bulan yang berakhir 31 Mac 2026 (9MFY26).

 

IJM Properties jual aset di Sandakan kepada Coupang Sdn Bhd bernilai RM47.5 juta

KUALA LUMPUR 29 Mei - IJM Corporation Bhd menerusi anak syarikat milik tidak langsung sepenuhnya, IJM Properties Sdn Bhd, mencadangkan pelupusan sebuah tanah bersama bangunan satu tingkat dengan mezzanine di Sandakan, Sabah pada harga RM47.5 juta.