Xin Synergy gesa pemegang saham sokong cadangan pembelian Medini Marina bernilai RM18.2 juta
KUALA LUMPUR 24 Feb - Lembaga Pengarah Xin Synergy Group Bhd (XSGB) menggesa pemegang saham untuk mengundi memihak kepada cadangan pemerolehan Medini Marina Sdn Bhd (MMSB) bernilai RM18.2 juta, atas alasan ia akan mengukuhkan portfolio pembangunan hartanah syarikat.




