2 anak syarikat pelaburan hartanah Lembaga Tabung Haji di Britain rekod rugi RM465 juta - LKAN
KUALA LUMPUR 24 Feb — Dua anak syarikat pegangan pelaburan Lembaga Tabung Haji (LTH) yang beroperasi di United Kingdom mencatatkan kerugian agregat berjumlah RM465.18 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY23).




