PETRONAS meterai perjanjian bekalan selama 20 tahun dengan Commonwealth LNG bagi mengukuhkan portfolio AS
KUALA LUMPUR 17 Jun - PETRONAS menerusi PETRONAS LNG Ltd memeterai perjanjian jual beli gas asli cecair (LNG) selama 20 tahun dengan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Commonwealth LNG, sekali gus mengukuhkan lagi portfolio bekalan globalnya.






