SPRM serbu unit NationGate berhubung dakwaan penyeludupan logam sekerap, saham merosot 16%
KUALA LUMPUR 15 Julai - NationGate Holdings Bhd memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu premis anak syarikat milik penuhnya, NationGate Solution (M) Sdn Bhd, sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung dakwaan penyeludupan logam sekerap.






