| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kontrak JKR RM168 juta naik taraf jalan persekutuan Kelantan-Terengganu, naikkan buku pesanan Citaglobal kepada RM1.3 bilion

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Syarikat kejuruteraan Citaglobal Bhd memperoleh kontrak bernilai RM168.88 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menaik taraf laluan sejauh 7.25 kilometer di Lebuhraya Persekutuan 3 (FT3) yang menghubungkan Kota Bharu–Kuala Terengganu.

 

Ivory Properties berdepan penyahsenaraian selepas Bursa Malaysia tolak permohonan lanjutan masa kemuka pelan regularisasi

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Syarikat di bawah status Amalan Nota 17 (PN17), Ivory Properties Group Bhd mengumumkan Bursa Securities telah menolak permohonannya untuk lanjutan masa tambahan bagi mengemukakan pelan regularisasi.

 

Bursa Malaysia naik 70 mata sejak pembentangan RMK13 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 70 mata sehingga hari ini sejak pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

 

Untung bersih 7-Eleven susut 2.63% kepada RM19.96 juta Q2FY25 

KUALA LUMPUR 22 Ogos – 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mencatatkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 2.63 peratus kepada RM19.96 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 (2Q25), berbanding RM20.5 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu, disebabkan oleh peningkatan kos

Penganjuran RXZ Members 7.0 jana kira-kira RM50 juta pulangan ekonomi kepada Terengganu

KUALA TERENGGANU 22 Ogos – Penganjuran program tahunan RXZ Members 7.0 yang bermula hari ini dijangka menjana limpahan ekonomi antara RM40 juta hingga RM50 juta di Terengganu menerusi kehadiran lebih 100,000 peminat motosikal tersebut ke negeri itu.

Dayang dijangka catat prestasi lebih baik pada 2H25 didorong pemulihan aktiviti huluan O&G - RHB Research

KUALA LUMPUR  22 Ogos - Dayang Enterprise Holdings Bhd dijangka mencatat prestasi lebih baik pada separuh kedua tahun 2025 (2H25), disokong peningkatan tempahan kerja selaras dengan pemulihan dalam aktiviti huluan industri minyak dan gas (O&G).