U Mobile peroleh pembiayaan sindiket RM4.3 bilion untuk pacu pelaksanaan rangkaian 5G
KUALA LUMPUR 14 Nov – U Mobile mencapai satu lagi pencapaian penting apabila berjaya memperoleh pembiayaan sindiket berjumlah RM4.3 bilion, sekali gus menjadikannya antara pembiayaan sindiket ringgit terbesar oleh sebuah syarikat tidak tersenarai di Malaysia.





