| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Perdagangan Malaysia meningkat 13% kepada RM277.65 bilion pada Oktober 2025 - MITI

KUALA LUMPUR 19 Nov – Prestasi perdagangan Malaysia pada Oktober 2025 meningkat 13.6% kepada RM277.65 bilion, didorong oleh pertumbuhan eksport dan import ke tahap rekod, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

 

Teo Seng dijangka catat pendapatan lebih lemah pada 4QFY25 susulan pemansuhan subsidi telur - PublicInvest

KUALA LUMPUR 19 Nov - Teo Seng Capital Bhd dijangka berdepan tekanan pendapatan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 (4QFY2025) berikutan pemansuhan penuh subsidi telur, menurut PublicInvest Research.

 

Transaksi QR rentas sempadan ASEAN cecah 12.9 juta pada separuh pertama 2025 - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR 19 Nov – Transaksi pembayaran rentas sempadan ASEAN menggunakan kod Respons Pantas (QR) meningkat kepada 12.9 juta transaksi dalam separuh pertama 2025, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

 

Solarvest catat keuntungan bersih RM18.73 juta pada Q2, hasil melonjak 63% kepada RM169.47 juta

KUALA LUMPUR 19 NovSolarvest Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM18.73 juta bagi suku kedua (Q2) berakhir 30 Sept 2025, meningkat dua kali ganda berbanding RM9.2 juta pada tempoh sama tahun lalu.

 

SD Guthrie jual tanah JS-SEZ bernilai RM815 juta, jalin kerjasama bangunkan Eco Business Park VIII

KUALA LUMPUR 19 Nov – SD Guthrie Bhd memeterai perjanjian pelupusan tanah seluas 941.82 ekar di Kulai, Johor, dengan nilai keseluruhan RM814.78 juta kepada Eco Business Park 8 Sdn Bhd (EBP8), sebuah syarikat tujuan khas yang kini dimiliki penuh oleh EcoWorld Development Group Bhd

Saham Aquawalk dibuka pada 30 sen, susut 1 sen dari harga IPO pada penampilan sulung di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 19 Nov – Saham Aquawalk Group Bhd dibuka pada 30 sen dalam penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, satu sen di bawah harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 31 sen, dengan 26.49 juta saham didagangkan.