| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung bersih FGV melonjak 8 kali ganda kepada RM1.17 bilion bagi FY21

KUALA LUMPUR 28 Feb – Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) FGV Holdings Bhd. (FGV) melonjak 8 kali ganda kepada RM1.17 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY21) berbanding RM146 juta yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.

EP Manufacturing catat penurunan kerugian, pemulihan sektor automotif akan bantu prestasinya

KUALA LUMPUR 28 Feb – Pengeluar alat ganti automotif EP Manufacturing Bhd (EPMB) berjaya menurunkan kerugian bersih selepas cukai hampir RM6.7

EA Technique diklasifikasi syarikat PN17

KUALA LUMPUR 28 Feb - EA Technique (M) Berhad menjadi syarikat terkini diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai yang terjejas di bawah Nota Amalan 17 (PN 17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR), menjadikan jumlah syarikat PN17 kepada 28 setakat hari ini.

 

Kerugian Brahim's lebih rendah bagi FY21 sebanyak RM12.49 juta

KUALA LUMPUR 28 Feb - Kerugian bersih Brahim's Holdings Bhd. bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2021 (FY21) mengecil kepada RM12.49 juta berbanding RM103.1 juta bagi tempoh sama 2020. 

 

Samsung Bespoke baharu tawar penjimatan elektrik 50%

KUALA LUMPUR 28 Feb -  Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan barisan peti sejuk Bespoke baharu, yang menawarkan penjimatan kuasa elektrik sebanyak 50% kepada pengguna.

 

OM Holdings catat untung bersih RM344 juta bagi FY2021

KUALA LUMPUR 28 Feb - OM Holdings Limited mencatatkan keuntungan bersih sebanyak AS$81.9 juta (RM343.86 juta) bagi FY2021 berakhir 31 Disember 2021 berbanding AS$5.4 juta (RM22.67 juta) pada FY2020.