WCT Malls jalin kerjasama dengan Tourism Malaysia, Visa pulihkan industri pelancongan dan peruncitan
KUALA LUMPUR 18 Julai - WCT Malls Management Sdn Bhd menjalin kerjasama tiga pihak bersama Tourism Malaysia dan Visa untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik terutamanya dalam kalangan pelancong, di kala negara beralih ke fasa endemik.






