Kerajaan sasar penjimatan 5 peratus daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022
KUALA LUMPUR 16 Julai - Kerajaan akan menyusun semula peruntukan bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya lima peratus penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022 bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat.






