Laporan Audit Forensik LCS : Pegawai BNS musnahkan dokumen mengenai projek LCS
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Pegawai-pegawai kanan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) didakwa dengan sengaja memusnahkan bukti kritikal dalam kontroversi kapal tempur pesisir (LCS) dalam usaha terang-terangan untuk menutup banyak salah laku yang melanda projek itu.






