| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sidec lancar Top ECM 2022 bagi mengiktiraf usahawan digital

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) melancarkan Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards (Top ECM) 2022 bagi mengiktiraf usahawan digital.

 

Untung bersih UOA Development turun sebanyak 16.6% kepada RM45.3 juta

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Untung bersih UOA Development Berhad turun sebanyak 16.6% kepada RM45.3 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2022 berbanding RM54.35 juta tahun lalu.

 

Penurunan itu adalah disebabkan hasil jualan yang rendah bagi projek sedia ada.

Petronas bekal gas asli kepada 2 firma di Sarawak mulai tahun depan

BINTULU 23 Ogos - Petronas memulakan pembangunan kemudahan penghantaran gas di Tanjung Kidurong, Bintulu mulai tahun depan, yang akan membekalkan gas asli kepada Sarawak Petchem Sdn. Bhd. (SPSB) dan Sarawak Energy Bhd. (SEB).

 

Suruhanjaya Sekuriti perluaskan skim sukuk SRI, Geran Bon 

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Suruhanjaya Sekuriti mengumumkan peluasan Skim Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) dan Geran Bon (geran) bagi memudahcarakan syarikat menjana sukuk dalam memenuhi keperluan kewangan mampan. 

 

Matrix Concepts catat kenaikan hasil 48% kepada RM47 juta, didorong jualan Sendayan Developments

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Keuntungan bersih Matrix Concepts Holdings Bhd meningkat 48.4 peratus kepada RM47.04 juta pada suku pertama (Q1) berakhir 30 Jun 2022 daripada RM31.69 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

 

Sime Darby Plantation catat untung bersih RM812 juta pada suku kedua, isytihar 10 sen dividen

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Sime Darby Plantation Bhd. merekodkan untung bersih sebanyak RM812 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 dengan pendapatan berjumlah RM5.59 bilion, masing-masing meningkat 32% dan 27% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.