| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TIME Dotcom catat untung bersih RM428.15 juta pada FY2025, umum dividen libatkan jumlah pembayaran RM500 juta

KUALA LUMPUR 26 Feb — TIME Dotcom Berhad mencatatkan prestasi berdaya tahan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY2025) apabila keuntungan bersih meningkat kepada RM428.15 juta berbanding RM382.82 juta pada tahun sebelumnya.

 

JCorp, IITM Global teroka penubuhan pusat kecemerlangan AI di Johor

KUALA LUMPUR 26 Feb – Johor Corporation (JCorp) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan IIT Madras Global Research Foundation (IITM Global) untuk meneroka penubuhan Pusat Kecemerlangan bagi Kecerdasan Buatan di negeri itu.

 

Pertumbuhan pesat di Johor pemangkin keuntungan berterusan Ranhill, kata MBSB Research

KUALA LUMPUR 26 Feb - Pertumbuhan pesat pusat data di Johor serta prospek ekonomi daripada Zon Ekonomi Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas dijangka terus menjadi penyumbang utama kepada keuntungan Ranhill Utilities Bhd, kata MBSB Research.

 

13 syarikat perkhidmatan wang didenda oleh Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Feb - Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti kewangan pentadbiran antara RM1,500 hingga RM2,000 terhadap 13 pemegang lesen perniagaan perkhidmatan wang kerana gagal memenuhi keperluan dana modal minimum bagi tempoh Julai hingga Disember 2025.

 

Capital A mungkin tutup BigPay jika pemulihan gagal, kata penganalisis

KUALA LUMPUR 26 Feb - Capital A Bhd tidak menolak kemungkinan akan menutup operasi BigPay jika pelan pemulihan gagal, susulan prestasinya yang lemah di bawah segmen AirAsia Next, menurut MBSB Research.

 

Penurunan keuntungan berterusan jejaskan prospek saham Amway, tiga firma broker saran Jual

KUALA LUMPUR 26 Feb – Amway (M) Holdings Bhd mencatatkan prestasi kewangan bagi tahun 2025 yang melebihi jangkaan penganalisis, namun prospek saham syarikat tersebut dilihat suram berikutan kelemahan keuntungan yang berterusan menyebabkan sahamnya jatuh pada sesi dagangan pada Kh