| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PETRONAS salur lebih RM2.2 bilion menerusi Program Pembiayaan Vendor sejak 2018

KUALA LUMPUR 2 Sept – PETRONAS melalui Program Pembiayaan Vendor (VFP) telah menyalurkan lebih RM2.2 bilion kepada pembekal dalam sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) sejak program itu diperkenalkan pada 2018.

 

ITMAX dapat kontrak letak kereta Majlis Perbandaran Selayang - ketiga di Selangor

KUALA LUMPUR 2 Sept – ITMAX System Berhad terus memperluas jejak parkir pintarnya di Selangor apabila anak syarikat miliknya sepenuhnya, Selmax Sdn Bhd dilantik sebagai pengendali bagi sistem Selangor Intelligent Parking (SIP) di bawah Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Lebtech Berhad menang projek perumahan RM46.36 juta di Shah Alam

KUALA LUMPUR 2 Sept - Lebtech Berhad menerusi syarikat milik penuhnya, Lebtech Construction Sdn. Bhd. (LCSB), telah menerima Surat Tawaran (LOA) bernilai RM46.36 juta daripada Lebar Daun Development Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja pembinaan unit kediaman di Shah Alam, Selangor.

Bekas Pengarah Patimas, Datuk Ng Back Heang kalah rayuan kepada SC berhubung kes dagangan orang dalam

KUALA LUMPUR 2 Sept - Mahkamah Rayuan membuat keputusan memihak kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati bekas Pengarah Eksekutif Patimas Computers Berhad, Datuk Ng Back Heang, bersalah atas dagangan orang dalam. 

 

Northern Solar, FDIGS Makmur meterai kontrak EPCC RM20.5 juta SELCO 5MW, BESS 10MWh di Pahang

KUALA LUMPUR 2 Sept - Northern Solar Holdings Berhad menandatangani kontrak Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) bernilai RM20.5 juta bersama FDIGS Makmur Sdn Bhd bagi pembangunan projek solar dan penyimpanan tenaga bersepadu di Pahang.

 

Khairoel Faiezy Hasnan dilantik sebagai CEO baharu Etiqa General Takaful

KUALA LUMPUR 2 Sept – Etiqa General Takaful Bhd telah melantik Khairoel Faiezy Hasnan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 September 2025.