| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Perodua lancar QV-E, EV pertama nasional dengan harga mampu milik RM80,000

KUALA LUMPUR 1 DisPerodua melakar sejarah apabila memasuki segmen kenderaan elektrik (EV) secara penuh dengan pelancaran Perodua QV-E 2026, model EV segmen-B yang ditawarkan pada harga RM80,000 seunit, tanpa insurans dan tidak termasuk bateri.

 

CelcomDigi labur RM292.5 juta dapatkan spektrum baharu 1800MHz, 2600MHz dari MCMC

KUALA LUMPUR 1 Dis – CelcomDigi Bhd, pengendali rangkaian mudah alih terbesar negara, memperoleh akses spektrum baharu bagi jalur 1800MHz dan 2600MHz daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), berkuat kuasa 30 November 2025.

 

KWSP lantik Mohamad Hafiz Kassim sebagai Ketua Pegawai Pelaburan baharu

KUALA LUMPUR 1 DisKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pelantikan Mohamad Hafiz Kassim sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) yang baharu, manakala Ahmad Rizal Omar dinamakan sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) berkuat kuasa hari ini.

Potensi kenaikan saham Spritzer semakin terhad berikutan penilaian terlalu tinggi — MBSB Research

KUALA LUMPUR 1 Dis – Walaupun Spritzer Berhad kembali mencatat prestasi suku tahunan yang kukuh, potensi kenaikan harga sahamnya selepas ini dilihat semakin sempit, menurut MBSB Research

T7 Global lantik Azman Yakim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR 1 DisT7 Global Berhad mengumumkan rombakan kepimpinan tertinggi kumpulan dengan pelantikan Azman Yakim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan yang baharu.

 

Hengyuan catat untung bersih RM21.04 juta pada 3QFY2025

KUALA LUMPUR 1 Dis – Hengyuan Refining Company Berhad mencatat keuntungan bersih RM21.04 juta bagi suku ketiga 2025, berbanding kerugian RM165.10 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya, menjadikannya suku terbaik syarikat sejak tahun kewangan 2022.