KUALA LUMPUR 24 Feb - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen tahunan pada hari Sabtu ini (28 Feb).
Pengumuman berkenaan akan dibuat semasa taklimat di ibu pejabat KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara, yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn, lapor The Star.
Pakar menjangkakan KWSP mungkin mengekalkan kadar dividen untuk simpanan konvensional pada 6.3% atau berpotensi meningkat kepada 6.5%.
Artikel berkaitan: KWSP dijangka umum dividen antara 6.3%-6.5% bagi 2025 - Pakar ekonomi
Ini berlaku walaupun KWSP mengambil sikap lebih berhati-hati berikutan prestasi suku keempat.
Bagi tahun 2024, kedua-dua dana konvensional dan syariah KWSP masing-masing mencatatkan dividen sebanyak 6.3%. - DagangNews.com








