smart Malaysia perluas rangkaian stesen pengecas EV kuasa tinggi di pusat pameran seluruh negara | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

smart Malaysia perluas rangkaian stesen pengecas EV kuasa tinggi di pusat pameran seluruh negara

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Nov - Selepas pelancaran stesen pengecasan pantas 100kW di Proton Centre of Excellence di pinggir Lebuhraya Kesas baru-baru ini, smart Malaysia terus melangkah dengan misi penyediaan tawaran pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang lengkap. 

 

Syarikat itu kini membina tiga lagi stesen pengecasan pantas berkuasa tinggi di pusat pengedaran smart Malaysia yang terpilih dan strategik di seluruh negara.

 

Tiga stesen pengecasan itu dibina di smart Glenmarie, smart Penang dan smart Alor Setar.

 

Syarikat itu berkata, penyediaan stesen pengecasan DC berkuasa tinggi di pusat smart Malaysia di seluruh negara memaparkan kesungguhan smart Malaysia dalam menyediakan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik yang cepat dan cekap serta akan dibuka kepada orang awam. 

 

"Inisiatif ini juga menyumbang dalam melengkapkan rangkaian awam stesen pengecasan berkuasa tinggi di seluruh negara sebagai tambahan kepada stesen pengecasan yang sedia ada melalui rakan-rakan kerjasama seperti chargeEV, Gentari, dan JomCharge, justeru mampu memperluaskan akses kepada orang awam.

 

"Selain itu, maklumat lokasi stesen pengecasan termasuk status keberadaan ruang pengecasan yang dikemaskini secara langsung, boleh diakses dengan mudah melalui aplikasi Hello smart," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Menurut kenyataan itu, ketika ini, 70% daripada keseluruhan pengecasan awam telah diintegrasikan ke aplikasi tersebut. 

 

 

smart

 

 

Katanya, pengguna juga bakal diberikan kemudahan untuk membuat pembayaran bagi pengecasan kenderaan melalui aplikasi tersebut, sebagai persediaan menjelang pelancaran model smart #1 yang akan datang.

 

 

smart

 

 

Dalam pada itu, smart akan mengadakan pameran smart #1 Brabus dan Premium di seluruh negara. 

 

 

smart

 

 

"Sebagai salah seorang daripada 501 pelanggan pertama pra-tempahan smart #1, orang ramai bakal menikmati faedah 'Early-Bird' smart #1, termasuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 melalui aplikasi Hello smart. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjelajahan ini," katanya. - DagangNews.com