Maxis, Digital Penang jalin kerjasama pacu ekosistem teknologi PMKS | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Maxis, Digital Penang jalin kerjasama pacu ekosistem teknologi PMKS

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 16 Okt - Maxis dan Digital Penang memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan ruang ekosistem teknologi dalam segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Pulau Pinang. 

 

Digital Penang akan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan dalam Maxis dan Komuniti Daerah Digital Kreatif, memudahkan perjalanan transformasi digital PMKS, dan memperkasakan usahawan melalui inisiatif latihan.

 

Maxis, sebagai penyedia rumusan bersepadu yang terkemuka, akan memanfaatkan penyelesaian digital Maxis Business, kesambungan mudah alih 5G dan perkhidmatan fiber untuk menyokong PMKS di Pulau Pinang untuk meningkatkan penggunaan digital. 

 

Di samping itu, Maxis akan memberi peluang kepada pemilik perniagaan untuk meningkatkan kemahiran atau melatih semula melalui program komunitinya, eKelas Usahawan.

 

Program pemasaran digital percuma tersebut melengkapkan usahawan dan perniagaan kecil, terutamanya dari segmen B40, dengan alatan dan kemahiran digital asas untuk mewujudkan kehadiran digital yang lebih kuat.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Digital Penang, Ng Kwang Ming berkata, pihaknya bekerjasama dengan komuniti untuk meningkatkan kesedaran tentang nilai dan faedah pendigitalan. "Ini termasuk PKSM untuk meningkatkan kehadiran dalam talian mereka dan meluaskan jangkauan perniagaan mereka di luar sempadan Pulau Pinang," katanya.

 

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Prateek Pashine pula berkata, pihaknya komited untuk memperkasakan perniagaan PMKS Malaysia dengan pemboleh digital untuk menyertai ekonomi digital era baharu. 

 

 

maxis

 

 

"Kerjasama kami dengan Digital Penang merupakan pencapaian penting yang menekankan dedikasi kami untuk memupuk pertumbuhan Odi Pulau Pinang, membolehkan mereka berkembang maju dalam era digital sambil mengekalkan daya saing," katanya. - DagangNews.com