Harapan pesakit kanser wanita mengekalkan kesuburan melalui pembekuan Krio Tisu Ovari di Sunfert | DagangNews Skip to main content

Harapan pesakit kanser wanita mengekalkan kesuburan melalui pembekuan Krio Tisu Ovari di Sunfert

Rawatan kesuburan telah berevolusi seiring dengan kemajuan semasa demi memastikan kejayaan yang diimpikan.

 

Seperti yang diketahui, Malaysia turut menjadi salah satu destinasi rawatan kesuburan yang terkenal diseanterio dunia bagi mendapatkan rawatan untuk menimbang cahaya mata.

 

Selain itu, rangkuman rawatan kesuburan juga telah berkembang seiring dengan keperluan. Bukan sahaja dalam kalangan pesakit biasa, kini, pesakit kanser juga boleh mengguna pakai rawatan kesuburan bagi memastikan kesuburan mereka terpelihara semasa mendapat rawatan kanser – kemoterapi dan radioterapi.

 

Dengan permulaan perkhidmatan Sejuk-Beku Tisu Ovari (Ovarian Tissue Cryopreservation - OTC), pesakit kanser wanita bakal berpeluang untuk mengekalkan kesuburan mereka dengan lebih optimum.

 

Di Malaysia, Pusat Kesuburan - Sunfert International Fertility Centre (Sunfert) merupakan pusat kesuburan swasta pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan inovatif ini.

 

Pengasas dan Pengarah Sunfert Group, Dr Wong Pak Seng berkata, “Sejuk-Beku Tisu Ovari” adalah satu teknik baharu yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesuburan dalam kalangan pesakit kanser wanita.


 

parafrasa
                 Dr Wong Pak Seng

 


Dengan menjaga keupayaan mereka untuk mempunyai zuriat di masa hadapan, wanita dan pesakit muda berpeluang untuk memenuhi impian berkeluarga apabila mereka sudah bersedia.

 

Di Sunfert, kita boleh membantu menjadikan impian bergelar ibu bapa satu kenyataan, meskipun berhadapan dengan cabaran perubatan – iaitu rawatan kanser.”

 

Untuk pengetahuan umum, prosedur OTC telah diperkenalkan di Denmark dan Eropah lebih 25 tahun lalu.

 

Teknik inovatif ini melibatkan pembekuan lapisan kortek – selaput ovari yang mengandungi telur wanita. Kaedah laparoskopik digunapakai bagi mengeluarkan ovari dan seterusnya diproses di makmal kesuburan.

 

Antara kelebihan teknik ini, ialah tiada ubat-ubatan diperlukan dan tidak mejejaskan masa untuk meneruskan rawatan kemoterapi atau radioterapi. Ini kerana, proses ini hanya dilakukan selama satu atau dua hari sebelum rawatan kanser dijalankan.

 

Justeru, tiada kesan sampingan atau komplikasi dan rawatan kanser tidak akan tergendala. Setelah diproses, tisu ovari dibekukan di dalam peranti titanium khusus dan disimpan di dalam tangki pembekuan krio pada suhu -190 darjah Celsius selama 10-20 tahun.

 

Apabila pesakit sudah bebas daripada kanser dan bersedia untuk membina keluarga, tisu berkenaan boleh dipindahkan semula ke tubuh pesakit untuk diaktifkan bagi tujuan kesuburan ataupun sokongan hormon wanita.



 

Prof Madya Dr Mohd Faizal Ahmad
                   Prof Madya Dr Mohd Faizal Ahmad


 

Pakar Kesuburan Sunfert, Prof Madya Dr Mohd Faizal Ahmad, menekankan bahawa OTC sangat sesuai untuk kanak-kanak perempuan sebelum akil baligh yang mungkin penghidap kanser memandangkan mereka kebiasaannya kekurangan telur matang yang sesuai untuk pembekuan.

 

“OTC juga merupakan pilihan baik untuk wanita yang berada dalam tahun reproduktif mereka yang tiba-tiba disahkan menghidap kanser dan perlu memulakan rawatan kemoterapi atau radioterapi dengan segera.

 

“Dibandingkan dengan kaedah alternatif seperti pembekuan embrio dan telur, OTC menawarkan prosedur kurang invasif dan masa yang lebih efisien. Prosedur ini membolehkan pesakit kanser wanita mengekalkan kesuburan mereka dan mempunyai harapan untuk memiliki zuriat di masa hadapan.”

 

Pemeliharaan kesuburan merupakan pertimbangan penting untuk pesakit kanser terutama mereka yang berada dalam kumpulan usia minoriti di bawah 18 tahun memandangkan kanser boleh memberi kesan negatif terhadap tahap kesuburan mereka walaupun teknologi rawatan membolehkan kanser dirawat dengan baik.

 

Kesedaran awal sememangnya penting kerana kanser dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan kadar kelangsungan hidup yang sangat baik, dengan lebih daripada 70% pesakit berjaya menjalani rawatan kanser primer.

 

“Namun, kualiti kehidupan khususnya dari segi kesuburan mungkin berkurangan. Justeru, keutamaan dalam mengekalkan kesuburan sememangnya penting bagi memastikan pesakit ini mempunyai peluang untuk memiliki zuriat di masa hadapan dan mengekalkan kualiti kehidupan yang lebih baik selepas rawatan.” kata Prof Madya Dr Mohd Faizal.

 

Menurut beliau lagi, setiap tahun, sebilangan besar wanita yang berada dalam umur reproduktif disahkan menghidap kanser.

 

Berita baiknya, kanser ini menunjukkan prognosis yang sangat baik kerana kemajuan dalam pengesanan awal dan keberkesanan rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ini bermakna lebih ramai wanita boleh mendapatkan intervensi perubatan tepat pada masanya, sekali gus meningkatkan peluang rawatan yang berjaya dan kelangsungan hidup jangka panjang.

 

Memandangkan prosedur OTC semakin meluas dan data penyelidikan lebih mudah diakses, bidang onkofertiliti dilihat mempunyai harapan untuk terus berkembang.

 

Prof Madya Dr Mohd Faizal membayangkan agar bantuan kewangan disediakan kepada pesakit kurang berkemampuan di Malaysia pada masa hadapan, dan kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan memperuntukkan belanjawan untuk menyokong strategi ini.

 

“Dengan menangani potensi kesuburan dalam kalangan pesakit kanser di samping kelangsungan hidup mereka, terdapat peluang untuk menambah baik hasil keseluruhan rawatan kanser.”

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 7622 8688
 


 

sunfert

 


Sunfert International Fertility Centre (Sunfert) ialah pusat kesuburan terkemuka khas untuk penyediaan penjagaan yang diperibadikan serta penyelesaian inovatif untuk individu dan pasangan yang ingin memulakan keluarga.

 

Dengan kemudahan di Kuala Lumpur dan cawangan di Ipoh, Seremban dan Kuching, Sunfert menawarkan perkhidmatan kesuburan yang komprehensif dengan pasukan klinikal berpengalaman yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini untuk manfaat pesakit.

 

Sunfert menawarkan pelbagai rawatan kesuburan seperti teknologi reproduktif bantuan, ujian genetik, analisis penerimaan endometrium, dan hab Onkofertiliti persendirian pertama di Malaysia.

 

Mereka menggunakan kemudahan terkini dan peralatan canggih untuk mencapai kadar kejayaan optimum dan kehamilan yang berjaya. Usaha ini telah membantu mereka memenangi anugerah berprestij untuk penjagaan yang luar biasa dan rawatan inovatif dalam dunia perubatan reproduktif.

 

Sunfert menyediakan persekitaran yang menyediakan bantuan sokongan sepanjang rawatan dengan menawarkan sesi kaunseling kesuburan minda-badan yang dikendalikan oleh kaunselor bertauliah.

 

Bagi memastikan kualiti penjagaan yang terbaik, Sunfert secara sukarela mengekalkan pensijilan RTAC yang disediakan oleh Jawatankuasa Akreditasi Teknologi Reproduktif daripada Persatuan Fertiliti Australia dan New Zealand (FSA).

 

Melalui perkongsian strategik dengan Fertility Associates di New Zealand dan badan bertauliah lain, Sunfert kini menjadi pusat kesuburan yang dipercayai di Malaysia dan di seluruh rantau Asia-Pasifik.

 

Mereka memperkasakan individu dan pasangan dengan penjagaan yang ihsan, rawatan yang inovatif, dan peluang untuk mengejar impian bagi membina sebuah keluarga bahagia. - DagangNews.com