CGS-CIMB jangka Berjaya Food catat peningkatan jualan dua digit untuk 2HFY22F | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB jangka Berjaya Food catat peningkatan jualan dua digit untuk 2HFY22F

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Mac - CGS-CIMB Research menjangkakan Berjaya Food akan mencatatkan peningkatan jualan dua digit pada 2HFY22F didorong peningkatan perbelanjaan orang ramai di Starbucks dan Kenny Rogers' Rosters (KRR).

 

Firma penyelidikan itu berkata, walaupun Berjaya Food berjaya mengekalkan momentum jualan dengan trajektori yang baik pada 3QFY22 namun ia masih jauh berbanding 2QFY22 yang mendapat permintaan yang sangat tinggi.

 

"Selepas mengambil kira perkara itu, kami percaya prospek Berjaya Food kekal stabil dengan pembukaan semula sempanan antarabangsa pada 1 April ini serta proses perubahan negara ke arah endemik.

 

"Menerusi pembukaan sempadan itu, orang ramai akan menikmati lebih ketenangan menerusi kebenaran makan di dalam kedai dan kedai dibenarkan beroperasi lebih lama," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, lebih 55% bahan mentah Starbucks diperoleh daripada jenama utamanya dari Amerika Syarikat dan mereka percaya peningkatan kos terhadap bahan berkenaan boleh diuruskan dengan baik. 

 

"Pada masa sama, kumpulan itu juga sedang menjalankan kajian terhadap sumber tempatannya untuk memastikan harga yang ditawarkan kekal berdaya saing.

 

"Selain itu, Berjaya Food juga menjangkakan kesa minima terhadap peningkatan gaji minimum yang boleh diimbangkan dengan pendapatan yang lebih tinggi pada masa akan datang," katanya.

 

Berjaya Food juga memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM300juta untuk tiga tahun akan datang bagi membuka lebih banyak cawangan baharu terutama Starbucks iaitu antara 25 hingga 30 cawangan di kawasan bandar dan kuar bandar.

 

CGS-CIMB jangka Berjaya Food catat peningkatan jualan dua digit untuk 2HFY22F
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'tambah' untuk saham Berjaya Food dengan hargsa sasaran (TP) RM4.40 selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk kekuatan jenama Starbucks itu sendiri.

 

Selain itu, ia juga akan memanfaatkan pembukaan semula sempadan selain pendapatan yang kukuh untuk tiga tahun serta pemulihan pendapatan KRR. - DagangNews.com