Terkini | DagangNews Skip to main content

Perolehan AWC Berhad catat peningkatan 6.9% kepada RM96.3 juta bagi 2QFY2023

KUALA LUMPUR 23 Feb - Syarikat AWC Berhad, penyedia perkhidmatan kejuruteraan mencatat peningkatan hasil berjumlah RM96.3 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 (2QFY2023), iaitu 6.9% lebih tinggi daripada suku yang sama tahun lepas.

 

Protasco catat kerugian bersih RM23 juta pada suku keempat akibat pendapatan lebih rendah

KUALA LUMPUR 23 Feb - Protasco Berhad mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM23 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022 (4QFY22) berbanding untung bersih sebanyak RM14.7 juta pada suku sama pada tahun sebelumnya.

 

Perolehan Kejuruteraan Asastera terjejas akibat harga bahan mentah tinggi

KUALA LUMPUR 23 Feb – Penyedia penyelesaian kejuruteraan dan tenaga Kejuruteraan Asastera Berhad (KAB) mencatat keuntungan bersih kumpulan lebih rendah pada RM0.6 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022 (4Q22) berbanding RM1.4 juta pada 4Q21.

 

Duopharma Biotech catat untung bersih RM70.11 juta bagi FY22 dipacu jualan ubat lebih tinggi

KUALA LUMPUR 23 Feb - Duopharma Biotech Bhd. merekodkan pendapatan tertinggi setakat ini sebanyak RM696.72 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22), meningkat 9% daripada RM638.18 juta bagi tempoh sama tahun kewangan sebelumnya. 

 

Petunjuk keyakinan perniagaan Malaysia meningkat 3.6% pada suku pertama 2023 - DOSM

KUALA LUMPUR 23 Feb - Kalangan perniagaan Malaysia kekal optimistik mengenai keadaan perniagaan dalam suku pertama 2023 dengan petunjuk keyakinan meningkat kepada 3.6% daripada 3.2% dalam suku sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

SCORE raih pelaburan bernilai RM102.36 bilion sehingga 2022 

KUALA LUMPUR 23 Feb - Wilayah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) merekodkan pelaburan awam dan swasta sebanyak RM102.36 bilion sehingga 2022.

 

CelcomDigi perkenal notis privasi menerusi infografik kepada pelanggan

KUALA LUMPUR 23 Feb - Sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk transparensi dalam amalan privasinya, CelcomDigi memudahkan notis privasinya kepada infografik yang mudah difahami di laman webnya.

 

Pengerusi Eksekutif Brahim's terima Anugerah Kepimpinan Ikon Perniagaan Global Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Feb - Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Brahim’s Dewina, Datuk Seri Ibrahim Ahmad menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Perniagaan Global Malaysia sempena penganjuran Forum Perniagaan Global Malaysia, di sini.

 

MRECA: Kadar cukai vape perlu munasabah, kekalkan pada RM0.40 per ml

KUALA LUMPUR 23 Feb - Malaysian Retail Electronic Cigarette Association (MRECA) hari ini menggesa Kerajaan untuk menggunakan pendekatan yang sewajarnya dalam percukaian vape.

 

Hasil penggabungan Celcom-Digi lonjak untung bersih Axiata kepada RM9.77 bilion pada FY22

KUALA LUMPUR 23 Feb - Untung bersih Axiata Group Bhd.

Subscribe to Terkini