Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kontrak lebih rendah punca untung bersih Dayang Enterprise susut 36.4% kepada RM231.7 juta bagi FY25

KUALA LUMPUR 21 AprilDayang Enterprise Holdings Berhad mencatatkan penyusutan keuntungan bersih kira-kira 36.45% kepada sebanyak RM231.7 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2025.

PETRONAS, Terengganu teroka projek alam semula jadi bagi mengurangkan pelepasan karbon

KUALA LUMPUR 21 April – PETRONAS dan kerajaan negeri Terengganu melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka projek pembangunan berasaskan pendekatan alam semula jadi (NbS) di negeri tersebut.

 

PublicInvest mulakan liputan terhadap Inspace Creation dengan nilai saksama 33 sen, CAGR diunjur tumbuh 11%

KUALA LUMPUR 21 April - Public Investment Bank Bhd (PublicInvest) memulakan liputan terhadap Inspace Creation Bhd dengan nilai saksama sebanyak 33 sen sesaham, bersandarkan gandaan 12 kali unjuran pendapatan bagi tahun kewangan 2027.

 

Ketech Asia sasar kontrak bekalan peluru kepada pihak berkuasa Malaysia

KUALA LUMPUR 21 April – Ketech Asia Sdn. bhd. (Ketech Asia) menyasarkan untuk memperoleh kontrak membekalkan peluru kepada pihak berkuasa Malaysia menerusi penyertaannya dalam DSA 2026.

 

Uzma ceburi teknologi pertahanan bersama Boustead bangunkan komunikasi satelit dan perisikan geospatial

KUALA LUMPUR 21 AprilUzma Berhad menerusi anak syarikatnya mengorak langkah ke dalam segmen pertahanan yang berteknologi tinggi menerusi kerjasama strategik dengan Boustead Holdings Berhad.

Kementerian Sumber Manusia nafi sudah muktamadkan sistem Bestinet

KUALA LUMPUR 21 AprilKementerian Sumber Manusia (Kesuma) menafikan sudah memuktamadkan sistem dikendalikan Bestinet Sdn Bhd bagi pengambilan pekerja asing seperti didakwa pihak tertentu. 

Airbus kongsi kepakaran melalui pemindahan teknologi bersama Boustead, AIROD, GTA dan Ikramatic Systems

KUALA LUMPUR 21 April – Airbus memperkukuh komitmennya terhadap Malaysia dengan memperluaskan kerjasama industri pertahanan menerusi beberapa perjanjian baharu yang dimeterai sempena penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2026 (DSA 2026).

 

TNB transformasikan fungsi kewangan jadi pemacu pembangunan bakat - CFO

KUALA LUMPUR 21 April - Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mentransformasikan fungsi kewangannya sebagai pemacu pembangunan bakat dan kerjasama perniagaan.

 

Enra bekerjasama dengan Boustead teroka peluang penyelenggaraan kapal TLDM selama setahun

KUALA LUMPUR 21 AprilEnra Group Berhad menjalinkan kerjasama dengan Boustead Holdings Berhad bagi meneroka peluang dalam aspek penyelenggaraan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

EI Power sasar kumpul RM78 juta menerusi IPO di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 21 April – EI Power Bhd, syarikat yang membina sistem elektrik untuk pusat data dan infrastruktur tenaga, kini membuka permohonan bagi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Jualan automotif 2026 dijangka susut 8% kepada 755,000 unit ekoran tekanan kos sara hidup tinggi – CGSI

KUALA LUMPUR 21 April – Sektor automotif Malaysia dijangka mencatatkan penurunan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 8% kepada 755,000 unit pada tahun 2026, menurut unjuran CGS International, sekali gus mengekalkan pandangan Neutral terhadap sektor tersebut.

 

Untung bersih Aeon naik 4.5% kepada RM133.8 juta bagi FY25 didorong keberkesanan inisiatif digital

KUALA LUMPUR 21 AprilAeon Co (M) Berhad mencatatkan peningkatan 4.5% keuntungan bersih kepada RM133.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, berbanding RM128.0 juta pada FY24.

Oil prices dip, most stocks rise on lingering Iran peace hopes

HONG KONG April 21 (AFP) - Oil prices fell on Tuesday while most stocks rose on lingering hopes for a deal to end the US-Iran war and reopen the Strait of Hormuz, even as Tehran said it had not decided whether to attend peace talks.

Subscribe to Terkini