TXCD peroleh dua subkontrak pembinaan bernilai RM119.14 juta daripada Vestland
KUALA LUMPUR 12 Feb – TXCD Bhd yang dikategorikan sebagai syarikat PN17 memperoleh dua kontrak daripada Vestland Resources Sdn Bhd (VRSB) bagi melaksanakan kerja-kerja subkontrak pembinaan bernilai keseluruhan RM119.14 juta.






