MCMC, LLM kenal pasti hampir 50km jajaran tanpa liputan telekomunikasi – Fahmi
KUALA LUMPUR 1 Julai (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mengenal pasti hampir 50 kilometer jajaran lebuh raya yang tidak mempunyai liputan telekomunikasi langsung.






