Malaysia Airports tunggu keputusan Sarawak bina lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching
KUALA LUMPUR 18 Julai - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang menunggu hasil perbincangan antara kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan berhubung cadangan negeri itu untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching.






