Touch n Go eWallet tawar penebusan baucar Program Perlindungan Tenang kepada golongan B40 | DagangNews Skip to main content

Touch n Go eWallet tawar penebusan baucar Program Perlindungan Tenang kepada golongan B40

KUALA LUMPUR 21 Feb - Touch n Go eWallet menawarkan penyelesaian perlindungan kepada lebih 16 juta penggunanya dengan menawarkan Baucar Program Perlindungan Tenang iaitu inisiatif kerajaan dalam memberikan perlindungan kepada kumpulan B40.

 

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata, baucar bernilai RM75 akan diberikan kepada penerima yang layak menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula Januari 2022 bagi membantu mereka mendapatkan produk Perlindungan Tenang yang memberi perlindungan terhadap kematian, kerosakan harta benda, kemalangan dan sebagainya daripada operator takaful berdaftar. 

 

"Lebih kurang 270,000 rakyat adalah dari kumpulan B40 sudah menerima manfaat daripada Perlindungan Tenang pada Januari 2022 dan 70% daripada mereka menuntutnya daripada Touch 'n Go eWallet.

 

"Dengan menggunakan teknologi dan inovasi sebaik mungkin, kami boleh menawarkan nilai tambah ini dan penyelesaian perlindungan kepada pengguna.

 

"Kemudahan insurans mampu milik ini menawarkan ketenangan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Menurut Touch n Go eWallet, peserta yang layak hanya perlu mendapatkannya menerusi aplikasi itu dan pilih operator yang diininkan dan tekan 'Tebus Sekarang' untuk menghantar permohonan. 

 

Selepas itu, emel akan dihantar oleh pembekal perlindungan dalam tempoh tujuh hari bekerja bagi memaklumkan status permohonan. - DagangNews.com