Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Di sebalik skrin, renungan Merdeka ke-69

Pagi 31 Ogos 2026, saya duduk di ruang tamu menyaksikan siaran langsung sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dari Dataran Putrajaya. Di skrin, segala-galanya kelihatan sempurna – warna-warni perarakan, gegak gempita persembahan dan laungan “Merdeka” yang bergema tujuh kali.

 

Zecon bangunkan projek solar 100MW di Kuching menerusi pajakan tanah RM54 juta

KUALA LUMPUR 2 Sept – Zecon Berhad akan memajak sebidang tanah selama 30 tahun bernilai RM54.36 juta bagi membangunkan projek ladang solar fotovoltaik berkapasiti 100 megawatt arus ulang-alik (MWac) di Kuching, Sarawak.

 

Felda jamin beri kerjasama penuh siasatan SPRM

KUALA LUMPUR 2 Sept - Felda memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan membabitkan agensi itu dan anak-anak syarikatnya, termasuk tujuh kes yang dibuka semula susulan maklumat baharu.

 

KKDW pertikai kenyataan MOF mengenai perbelanjaan, tegaskan RM300 juta bukan peruntukan tambahan

KUALA LUMPUR 2 Sept - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempertikaikan kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) bahawa kementerian itu sejak beberapa tahun lalu membuat komitmen dan berbelanja melebihi peruntukan tahunan yang diluluskan bagi projek jalan luar bandar.

AirAsia Group jelaskan strategi kumpul modal AS$1 bilion dan susun semula armada pesawat

KUALA LUMPUR 2 Sept – AirAsia Group Berhad menjelaskan rancangan syarikat mendapatkan dana sehingga AS$1 bilion melalui pasaran hutang antarabangsa serta RM700 juta menerusi kemudahan kredit tempatan bertujuan untuk menyusun semula hutang dan memperkukuh kedudukan kewangannya.

KJTS peroleh kontrak RM48 juta bekal air sejuk, operasi dan selenggara 4 hotel di Thailand selama 20 tahun

KUALA LUMPUR 2 SeptKJTS Group Berhad memperoleh kontrak berjumlah RM48 juta untuk kerja operasi dan penyelenggaraan (O&M) serta bekalan air sejuk selama 20 tahun kepada empat hotel di Thailand.

 

TPG pertimbang penyenaraian Asia OneHealthcare bernilai sehingga RM10 bilion di Bursa Malaysia – Bloomberg

KUALA LUMPUR 2 Sept – Asia OneHealthcare Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan kesihatan yang disokong firma pelaburan TPG Inc, dilaporkan telah mengemukakan permohonan bagi melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia yang berpotensi mengumpulkan sehingga RM10 bilion.

PETRONAS sasar kekalkan pengeluaran minyak dan gas 2 juta tong mmboe/d hingga 2028

KUALA LUMPUR 2 Sept - Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) menyasarkan untuk mengekalkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia pada kadar dua juta tong setara minyak sehari (mmboe/d) sehingga 2028, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Ta

Mudajaya kemukakan tuntutan kedua RM17.56 juta terhadap kontraktor ECRL

KUALA LUMPUR 2 Sept – Mudajaya Group Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, Mudajaya Corporation Berhad (MCB) mengemukakan tuntutan pembayaran kedua berjumlah RM17.56 juta terhadap China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC) di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikas

Mulpha International melabur RM28.28 juta dalam dana global, SHK Latitude Alpha Fund

KUALA LUMPUR 2 SeptMulpha International Berhad melalui anak syarikat milik tidak langsungnya, Mulpha Strategic Limited (MSL), melabur AS$7 juta (RM28.28 juta) dalam SHK Latitude Alpha Fund.

 

Rapid Rail lantik Ts Mazli Mustaffa sebagai CEO baharu

KUALA LUMPUR 2 Sept – Rapid Rail Sdn Bhd melantik Ts Mazli Mustaffa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu, berkuat kuasa 2 September 2026.

 

MCOM perlu pelan pemulihan tangani hutang bersih RM2.34 juta selepas hanya ada tunai RM208,000

KUALA LUMPUR 2 SeptMCOM Holdings Berhad berdepan cabaran besar memulihkan kedudukan kewangan apabila mencatatkan hutang bersih RM2.34 juta serta baki tunai dan bank hanya RM208,000.

 

ATM bakal terima 263 aset mobiliti tinggi dikenali Tedung dan Kala

KUALA LUMPUR 2 Sept - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima 263 unit aset mobiliti tinggi baharu dengan nilai keseluruhan kontrak RM164.91 juta bagi memperkukuh keupayaan pergerakan taktikal serta tinjauan, merentas pelbagai medan operasi.

 

Subscribe to Terkini