Pendapatan global DE-CIX meningkat 12% kepada RM226 juta bagi FY21 | DagangNews Skip to main content

Pendapatan global DE-CIX meningkat 12% kepada RM226 juta bagi FY21

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Jun - DE-CIX, pengendali ibu sawat internet (IX) terkemuka dunia, hari ini telah mengeluarkan Laporan Tahunan mereka bagi tahun 2021, mengesahkan pertumbuhan kukuh yang berterusan dalam hasil global dan pertukaran data pada yang kedua pandemik COVID-19. 

 

Pendapatan global bagi semua bahagian syarikat terus berkembang, mencecah 48.7 juta euro (RM226 juta), peningkatan sebanyak 5.2 juta euro (meningkat 12%) berbanding tahun 2020. 

 

Dengan lebih daripada 38 exabait pemprosesan data secara global, DE-CIX mengalami peningkatan 20% dalam trafik, sejajar dengan pertumbuhan dalam rangkaian bersambung, yang mengakhiri tahun ini dengan jumlah hampir 2,500 di seluruh dunia.

 

Kapasiti bersambung merentas fabrik DE-CIX global meningkat lebih daripada 30% kepada 96.2 Terabit (Tbits) pada tahun 2021, mencerminkan permintaan kukuh bagi perkhidmatan interkoneksi dan jalur lebar. 

 

Sambungan terus ke awan melalui Pertukaran Awan DE-CIX meningkat tiga kali ganda pada tahun 2021. Sebahagian besar daripada ini telah ditempah melalui portal pelanggan layan diri DE-CIX, yang dilaksanakan pada tahun 2021 sebagai sebahagian daripada pemacu syarikat ke arah automasi sambungan. 

 

Pada peringkat geografi, empat Pertukaran Internet baharu telah mula beroperasi, iaitu dua IX yang dimiliki dan dikendalikan oleh DE-CIX, DE-CIX Richmond dan DE-CIX Barcelona serta dua lokasi  DE-CIX as a Service yang disediakan dan dikendalikan untuk rakan kongsi: “Ruhr-CIX dikuasakan oleh DE-CIX” di Jerman dan “Borneo-IX dikuasakan oleh DE-CIX” di Asia Tenggara.

 

Selepas pembentukan DE-CIX Malaysia dan DE-CIX Singapura pada tahun 2020, infrastruktur bagi lokasi DE-CIX di Asia Tenggara telah berjaya dipindahkan ke platform interkoneksi DE-CIX Apollon yang memenangi anugerah pada tahun 2021, membuka pintu masuk untuk pelbagai perkhidmatan sambungan, seperti peering dan storan awan. 

 

 

decix
Harald A. Summa

 

 

Platform DE-CIX Apollon telah dicipta untuk mengurus peningkatan pelanggan dan data trafik yang berterusan dan amat besar pada platform interkoneksi DE-CIX. 

 

Untuk menjadi pendahulu di era pertumbuhan trafik yang ketara, DE-CIX mencipta platform berasaskan Ethernet terbesar dan paling maju di dunia.

 

Selain itu, pada Februari 2021, Unified National Networks (UNN), pengendali infrastruktur rangkaian nasional Brunei, dan DE-CIX mengumumkan perkongsian strategik untuk mewujudkan Pertukaran Internet di Pulau Borneo.

 

Ketua Pegawai Eksekutif DE-CIX, Harald A. Summa berkata, mengimbas kembali pada tahun kedua pandemik, pihakmya melihat tahun yang mana dunia mulai stabil dalam mengadaptasi terhadap "norma baharu. 

 

"Pertumbuhan mendadak dalam data trafik yang dialami dalam tempoh dua tahun lepas adalah ciri transformasi dalam bekerja dan kehidupan yang telah kami alami semasa kami bergerak secara progresif ke dunia digital. 

 

"Di DE-CIX, kami berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam kesalinghubungan untuk memenuhi permintaan dan jangkaan bagi rangkaian, perusahaan dan pengguna akhir, serta untuk menyokong pelancaran kesalinghubungan pantas di mana-mana sahaja ceruk dunia yang memerlukannya,” katanya. - DagangNews.com