Pakar ekonomi jangka kadar dividen KWSP yang lebih rendah untuk 2022
KUALA LUMPUR 22 Jun - Pakar-pakar ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengagihkan kadar dividen yang lebih rendah bagi 2022 berikutan jumlah pendapatan pelaburan yang lebih lemah yang dicatatkan semasa suku pertama berakhir 31 Mac 2022.











