KUALA LUMPUR 4 Ogos - Untung bersih Malaysia Smelting Corporation Bhd. bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 melonjak 13.5 kali ganda kepada RM39.45 juta berbanding RM2.93 juta yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Cadangan untuk mewujudkan Mahkamah Anti Rasuah di negara ini merupakan antara perkara yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
KUALA LUMPUR 4 Ogos — Projek Kapal Tempur Littoral (LCS) kini sudah terlebih kos RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Wong Kah Woh hari ini.
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) Fasa 2 yang melibatkan syarikat kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Bhd. masih diteruskan.
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Censof Holdings Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Century Software (Malaysia) Sdn. Bhd. (CSM) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan University Malaysia of Computer Science and Engineering (UNIMY) bagi tempoh selama 3 tahun.
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Sekatan eksport ayam pedaging hidup yang masih berkuat kuasa ketika ini hanya bersifat sementara sehingga harga dan pengeluaran ayam domestik kembali stabil.
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Syarikat-syarikat pengeluar aluminium, ferroalloy dan timah tersenarai awam yang sering diabaikan oleh pelabur boleh mencetuskan beberapa kejutan dengan mencatatkan pendapatan cemerlang 2Q 2022 walaupun ini masih belum dapat dilihat sepenuhnya pada harga sah
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Alliance Bank Malaysia Berhad menyasarkan untuk tingkatkan pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebanyak dua kali ganda untuk tempoh lima tahun akan datang.
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Malaysia, yang bukan merupakan negara anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan meningkatkan pengeluaran minyak mentahnya kepada 595,000 tong pada September 2022 berbanding 521,000 tong pada Ogos 2021.