KUALA LUMPUR 4 April - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5%, sama seperti 2022 dengan bayaran yang lebih tinggi.
KUALA LUMPUR 4 April - Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) memperoleh pembiayaan RM200 juta daripada CIMB Bank Berhad (CIMB) bagi membiayai import dan pengedaran kenderaan elektrik premium (EV) smart #1 di Malaysia.
KUALA LUMPUR 4 April - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak turun unjuran pendapatan sesaham (EPS) RCE Capital Bhd bagi FY24-FY26 antara 3% hingga 5% akibat kelemahan operasi kumpulan itu baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 4 April - Kesemua projek pembinaan Gamuda Berhad di Taiwan yang keseluruhannya bernilai RM4.5 bilion terselamat daripada bencana gempa bumi dahsyat di pulau itu semalam.
KUALA LUMPUR 4 April - RHB Investment kekal berhati-hati terhadap prospek Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) kesan persaingan sengit dalam sektor runcit dan pertumbuhan sederhana dalam perbelanjaan disebabkan kos sara hidup yang lebih tinggi.
KUALA LUMPUR 4 April - Penyedia perkhidmatan pembinaan utiliti infrastruktur MN Holdings Bhd memperoleh kontrak bernilai RM17.6 juta bagi pembekalan, pembinaan dan pentauliahan pengambilan utama penghantaran (PMU) bagi sambungan stesen janakuasa Pasir Gudang di Johor.
KUALA LUMPUR 4 April - Ketua pegawai eksekutif kumpulan (CEO) Tune Protect Group Bhd, Rohit Chandrasekharan Nambiar meletakkan jawatannya "atas sebab peribadi."
Peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa 10 Mei, menurut makluman syarikat itu di Bursa Malaysia.
KUALA LUMPUR 4 April - Penyedia perkhidmatan teknologi HeiTech Padu Bhd mengumumkan pelantikan Salmi Nadia Mohd Hilmey sebagai pengarah urusan kumpulan (MD), berkuat kuasa Rabu.