Amcor buka fasiliti pembungkusan penjagaan kesihatan baharu RM138 juta di Subang Jaya
KUALA LUMPUR 27 April - Syarikat penyelesaian pembungkusan global, Amcor, telah membuka sebuah fasiliti salutan pembungkusan penjagaan kesihatan berteknologi tinggi di Subang Jaya, Selangor yang melibatkan pelaburan melebihi AS$35 juta (RM138 juta).









