Hasil Pavilion REIT naik 6% kepada RM232.09 juta pada 4QFY2025, umum dividen 5.03 sen
KUALA LUMPUR 30 Jan – Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan peningkatan hasil 6.1% pada suku keempat berakhir 31 Disember 2025 (4QFY2025) kepada RM232.09 juta berbanding RM218.79 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.







