| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Wasco Greenergy lancar IPO di Pasaran Utama, sasar kumpul RM150 juta

KUALA LUMPUR 20 Nov – Wasco Greenergy Bhd, penyedia perkhidmatan tenaga boleh diperbaharui milik Wasco melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama dengan sasaran untuk mengumpul sehingga RM150 juta bagi memperluaskan lagi operasi perniagaannya.

 

Malaysia catat lonjakan pengeluaran bulanan minyak sawit 203,000 tan pada Oktober 2025, tertinggi dalam tempoh 10 tahun

KUALA LUMPUR 20 Nov – Malaysia merekodkan peningkatan pengeluaran minyak sawit paling ketara dalam sedekad, apabila jumlah pengeluaran melonjak 203,000 tan pada Oktober, didorong monsun, baja lebih baik dan taburan hujan yang menggalakkan sepanjang 2024.

 

Prolintas dijangka nikmati pertumbuhan kukuh dengan pembukaan EKVE - Maybank IB

KUALA LUMPUR 20 Nov - Prolintas Infra Business Trust (Prolintas Infra) dijangka terus menikmati pertumbuhan trafik dan kutipan tol yang stabil, disokong oleh pembukaan berperingkat Lebuh Raya EKVE menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

Plaza Perangsang ditukar menjadi Hotel Grand Mercure Shah Alam

KUALA LUMPUR 20 Nov – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengumumkan transformasi strategik Plaza Perangsang di Seksyen 14 menjadi Hotel Grand Mercure Shah Alam, yang bakal beroperasi pada suku kedua 2026.

 

MK Land lancar rumah contoh Miltonia di Simpang Pulai, harga bermula RM250,000

IPOH 20 Nov - MK Land menerusi pemajunya, Naluri Majujaya Sdn. Bhd. (Naluri Majujaya) melancarkan rumah contoh projek terbaharu mereka, Miltonia di Taman Teja Perdana, Simpang Pulai dekat Gopeng.

 

Pendapatan Muhibbah Engineering dikhuatiri susut selepas konsesi PPIA diserah kepada Kemboja — CGSI

KUALA Lumpur 20 Nov — Keuntungan Muhibbah Engineering (M) Berhad dijangka berdepan tekanan selepas konsesi Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh (PPIA) diserah kepada kerajaan Kemboja.

7-Eleven berdepan tekanan kos, pertumbuhan hasil segmen makanan segar lambat sehingga menjejas keuntungan - Maybank IB

KUALA LUMPUR 20 Nov – 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (7-Eleven) mencatat keputusan suku ketiga tahun kewangan 2025 (3Q25) yang berada di bawah jangkaan, berikutan perbelanjaan jualan dan pengedaran yang lebih tinggi, sekali gus menekan keuntungan

Unique Fire catat peningkatan untung bersih 4.03% kepada RM3.51 juta pada 2QFY2026

KUALA LUMPUR 20 Nov – Unique Fire Holdings Berhad mencatat pertumbuhan sederhana pada suku kedua tahun kewangan berakhir 30 September 2026 (2QFYE2026), dengan peningkatan hasil dan keuntungan didorong permintaan berterusan terhadap produk perlindungan kebakaran.

 

Subscribe to