Balik kampung: Tol percuma, diskaun tol kepada Keluarga Malaysia - PM
PUTRAJAYA 25 April - Selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April 2022 dan sempena sambutan perayaan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya.










