Permaju Industries, Lembaga Koko Malaysia bekerjasama bangunkan ladang koko pintar di Negeri Sembilan
KUALA LUMPUR 23 Jun - Permaju Industries Berhad (PIB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Genbayu Gemilang Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia (LKM) bagi membangunkan ladang seluas 100 hektar di Mukim Setul, Negeri Sembilan.









