KUALA LUMPUR 3 Nov - Kenanga Research memulakan liputan terhadap HPP Holdings Berhad dengan saranan 'outperform' pada harga sasaran (TP) 46 sen sesaham.
MELBOURNE 3 Nov - AirAsia X Bhd. menyasarkan untuk kembali mencatat keuntungan selewat-lewatnya menjelang akhir tahun hadapan setelah berdepan dengan kerugian akibat impak pandemik COVID-19 selama lebih dua tahun.
KUALA LUMPUR 3 Nov - MIDF Research kekal positif terhadap sektor perbankan berdasarkan kenaikan dasar semalaman (OPR) dan pendapatan faedah bersih (NII).
BANGI 3 Nov - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, yang sebelum ini dikatakan akan bertanding mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disahkan tidak bertanding.
KUALA LUMPUR 3 Nov - Meskipun menyifatkan diri sebagai calon bukan pilihan atau ‘underdog’, Khairy Jamaluddin tekad untuk melakukan misi sukar menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
MELBOURNE 3 Nov - AirAsia X Bhd. tidak berhasrat untuk mencari pengganti Tan Sri Tony Fernandes selepas beliau meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan pada 31 Oktober lalu.
KUALA LUMPUR 3 Nov - CGS-CIMB Research mengekalkan penarafan 'neutral' terhadap sektor automotif dan pada masa sama berkata, jumlah jualan kenderaan (TIV) bagi September 2022 adalah mendatar.
KUALA TERENGGANU 3 Nov - Pemilik Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menyambut baik cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) supaya moratorium khas diberikan kepada usahawan yang masih terkesan demi kelangsungan perniagaan mereka.
KUALA LUMPUR 3 Nov - CGS-CIMB Research menjangkakan pendapatan Kossan Rubber Industries Berhad bagi 4QFY22 akan menjadi yang terburuk buat kumpulan itu bagi tahun ini.
KUALA LUMPUR 3 Nov - Carimin Petroleum Bhd menerusi subsidirinya, mendapat lanjutan kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian luar pesisir (MCM).